KUALA LUMPUR 1 Sept.- Tiga remaja termasuk seorang pelajar kolej swasta yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ‘wheelie’ ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka di sini semalam. Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula pukul 10 malam hingga 4.30 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berusia 19 hingga 21 tahun terbabit turut melakukan ubah suai pada motosikal masing-masing. Malah, hasil pemeriksaan lanjut…










