IPOH 29 Sept. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegur tindakan sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung yang tidak menggunakan bahasa Melayu pada kain rentang yang memaparkan program anjuran sekolah berkenaan. Beliau yang membuat teguran di ruangan komen dalam akaun laman sosial Instagram milik Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, kain rentang itu perlu menggunakan bahasa Melayu terutama apabila Jata Negara turut diguna pakai. “Maaf YB (Yang Berhormat).…










