KUALA LUMPUR – Penyanyi Mark Adam mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ibunya sebuah banglo dua tingkat di Cebu, Filipina. Mark Adam atau nama sebenarnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 39, berkongsi mengenai hadiah tersebut dalam Instagramnya semalam. Menurut Mark, dia pernah berjanji dengan ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, untuk membawa keluar ibunya daripada kediaman mereka yang telah usang. “Terima kasih kepada semua yang menjadikan hadiah ini sebagai satu kenyataan. Sehingga kini, ibu…










