KOTA KINABALU 19 Sept.- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang tidak mempunyai kebenaran menangkap ikan di perairan berhampiran Pulau Mantanani Kecil dekat sini, semalam. Dalam tangkapan kira-kira pukul 2.37 petang itu, mereka yang ditahan ialah lima warga Indonesia yang bekerja sebagai tekong dan awak-awak berusia antara 37 hingga 48 tahun. Selain itu, hasil laut terdiri daripada pelbagai jenis ikan seberat 1,500 kilogram dan 360…










