SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas 42 kilogram (kg) produk hasilan haiwan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Sabtu lalu. Rampasan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu termasuklah 20kg produk babi, 12kg daging angsa dan 10kg ayam panggang yang cuba dibawa masuk oleh warga tempatan dari negara China. Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan…










