MILAN 24 Sept. – Penjaga gol Liverpool, Alisson ‘hilang’ seketika ketika namanya diumumkan sebagai Penjaga gol Terbaik FIFA. Dalam insiden pelik itu, ketika namanya diumumkan, Alisson tidak muncul sehingga pengurusnya, Jurgen Klopp dan bekas bos England, Fabio Capello turut kelihatan mencarinya. Legenda Belanda, Rudd Gullit sebagai salah seorang penyampai dalam majlis tersebut berkata;’Hello, di mana Allison Becker? Mana Becker? “Tadi saya nampak dia, mana awak? Adakah awak sedang menyorok,’ katanya.…










