SEPANG 30 Sept.- Syarikat penerbangan nasional negara, Malaysia Airlines sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan penerima Anugerah Platinum Putra Brand Awards 2019. Pengiktirafan dalam kategori pengangkutan, kembara dan pelancongan itu sekali gus menunjukkan syarikat penerbangan berkenaan merupakan antara satu jenama paling dipercayai di rantau ini. Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan, pencapaian itu adalah kali keempat dengan sebelum ini pada 2016, 2017 dan 2018. Anugerah itu disampaikan kepada Ketua Pegawai Pemasaran…










