SEOUL 28 Sept. – Letupan besar berlaku di sebuah kapal tangki minyak menyebabkan kapal berdekatan terbakar dan 12 orang cedera di pelabuhan Korae Selatan, hari ini. Pasukan bomba bertungkus-lumus untuk mengekang kebakaran dengan menembak air ke kapal itu. Semua 25 orang dalam kapal tangki dari Kepulauan Cayman dan 21 orang pada kapal kedua telah diselamatkan mengikut Pengawal Pantai. Menurut pihak berkuasa, seorang daripada 12 orang yang cedera dalam keadaan kritikal…










