Pandu 15 kilometer cuba lari sekatan polis

Pandu 15 kilometer cuba lari sekatan polis

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang lelaki tempatan memandu sejauh 15 kilometer sebelum ditahan polis setelah melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Op Pematuhan di Jalan Kampung Sungai Karang, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek berusia 37 tahun yang memandu kereta jenis Honda City dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti oleh anggota.

“Suspek bagaimanapun tidak mengendahkan arahan itu sebaliknya bertindak agresif dengan memecut kenderaannya secara merbahaya termasuk memotong kenderaan lain secara melulu bagi mengelak ditahan pihak polis.

“Polis kemudian mengejar kenderaan tersebut dari lokasi sekatan sebelum berjaya menahannya di Kilometer 15 Jalan Pontian-Kukup, berhampiran Jalan Berbatu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hadzrat Hussien berkata, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala semakan turut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN