GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas ditikam di bahagian leher susulan satu pertengkaran yang berlaku di Taman Prima Selayang di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan tentang satu pergaduhan kira-kira pukul 7.27 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. “Siasatan awal yang dilakukan di lokasi kejadian mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham di antara dua kumpulan lelaki…










