LONDON 27 Sept. – Akhirnya Charles Leclerc akui sikap tidak profesionalnya sewaktu perlumbaan Grand Prix Singapura membuatkan dia kini rasa bersalah. Dalam perlumbaan di Litar Jalanan Marina Bay pada minggu lalu, Leclerc meluahkan rasa marah ke atas keputusan radio pasukan yang menyebabkan dia menamatkan aksi di tempat kedua di belakang rakan sepasukan Sebastian Vettel. Vettel telah diarahkan oleh radio pasukan untuk memintas Leclerc dalam perlumbaan tersebut ketika pelumba muda itu…










