KUALA LUMPUR 21 Sept.- Tan Sri Lee Lam Thye menganggap Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) tidak ubah sebagai rumah kedua buat dirinya. Menurutnya, selepas 27 tahun berkhidmat, beliau telah memberikan seluruh ‘jiwa dan raga” bagi membangunkan institut tersebut. “Saya dilantik selepas bersara daripada politik pada tahun 1990 dan bergiat aktif sebagai aktivis sosial sepenuh masa. Menteri Sumber Manusia pada masa itu (Tan Sri Lim Ah Lek) berkata saya…










