KEMAMAN 20 Sept. – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan asing bersama tiga nelayan termasuk tekong berserta nilai rampasan RM700,000 kerana menceroboh perairan negara pagi kelmarin. Bot nelayan Vietnam itu ditahan oleh kapal peronda KM Langkawi menerusi Op Iman dan Op Naga Barat Siri 1/2019 sekitar perairan Terengganu. Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot nelayan terbabit dikesan melalui penglihatan…










