Tak ada segan silu langsung - Catriona Ross - Utusan Malaysia

Tak ada segan silu langsung – Catriona Ross

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Catriona Ross, 45, menegur sikap segelintir pihak yang gemar membuang sampah di luar kereta tanpa rasa malu.

Menerusi perkongsian dalam Threads, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tiada sivik dan tidak sepatutnya berlaku pada tahun 2026.

“Kenapalah segelintir orang di tahun 2026 masih membuang sampah dari luar kereta dengan selambanya.

”Tak ada kesedaran sivik itu satu, tak ada segan silu langsung. Apa masalah anda ini,” kongsinya dalam satu hantaran.

Dalam pada itu, menjawab komen netizen Catriona meluahkan rasa kecewa dengan sikap sedemikian.

”Ia amat mengecewakan. Ibu bapa tak ajar kah?,” kongsinya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN