KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kurikulum program pertanian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan digubal bagi memberi lebih penekanan kepada elemen pertanian pintar dan keusahawanan. Penggubalan tersebut akan melibatkan pakar jemaah dekan-dekan IPT berkaitan pertanian di negara ini yang diterajui Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan. Usaha menambah baik kurikulum sedia ada bertujujan menghasilkan graduan yang cekap dalam pertanian pintar dan bakal menjadikan…










