KUALA TERENGGANU 6 Sept. – Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi sekali gus bakal menjadikannya sebagai institusi kesihatan pertama seumpamanya yang diiktiraf di Terengganu. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd., Mat Yula Kassim berkata, KTS telah menghantar satu pertiga daripada keseluruhan kakitangannya untuk mengikuti kursus selama 20 jam yang dikendalikan Pusat Laktasi Kebangsaan. Katanya, menerusi kursus itu,…










