JAKARTA – Dua artis popular Indonesia, Krisdayanti dan Mulan Jameela antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Indonesia bagi sesi atau penggal 2019-2024 esok. Krisdayanti, 44, dan Mulan, 40, memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lepas, masing-masing mewakili anggota DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI. Krisdayanti, artis yang turut popular di Malaysia itu, bertanding sebagai calon Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P),…









