KUALA LUMPUR 24 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peningkatan kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak boleh dinafikan sama sekali. Beliau berkata, tidak timbul isu bersetuju atau tidak kerana projek mega itu sudah diteruskan, namun kos tersebut perlu diturunkan melalui pintu rundingan. Malah tegasnya, perundingan kos itu juga boleh dilakukan susulan pengakuan bersumpah oleh saksi perbicaraan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah baru-baru…










