MEMANDANG sekeliling, Muhsein tahu ia mahal, namun ada sesetengah perkara dalam hidup ini yang harus dilepaskan. Dilepaskan begitu sahaja. Sahaja dan sengaja, demi kemaslahatan diri. Dirinya harus berkorban, dengan melepaskan sesuatu yang disayangi. Dia menutup tingkap balkoni yang penuh bunga-bungaan, sesudah puas anak matanya menatap keindahan Kuala Lumpur yang bertiarakan neon. Dia masuk ke dalam bilik, satu-satunya bilik yang ada di dalam kediamannya itu. Bilik kosong itu merenungnya kembali, seolah…










