KOTA BHARU 24 Sept. – Peneraju kolej swasta, Kumpulan Uniti Asia akan menggunakan sayap pelaburannya di Pattani, Thailand untuk memberikan pendedahan kepada pelajarnya mengenai keusahawanan dalam ruang yang lebih luas. Presiden Kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd. Amin berkata, ASEAN Mall yang dibangunkan oleh pihaknya dengan kerjasama Universiti Fatoni dan tokoh perniagaan negara jiran, Mokhtar Laeman di Pattani Jaya, Thailand menjadi gerbang kepada para pelajar untuk mempelajari selok belok pemasaran…










