KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kuala Lumpur berharap agar perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja Ke-79 menentang skuad ‘adik’, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) FC esok tidak terheret ke masa tambahan mahupun penentuan sepakan penalti. Jurulatihnya, Zulkipli Samion berkata, rekod pertemuan lalu dengan lawan sepanjang siri perlawanan persahabatan dan PERR 2017 kerap berkesudahan seri sekali gus membayangkan aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu sebagai seimbang…










