KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini menegaskan bahawa tiada yang akan terlepas apabila Jabatan Peguam Negara mendapat kertas siasatan daripada pihak polis setelah mereka (polis) mengenal pasti suspek yang terlibat dengan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau berkata, kertas siasatan itu akan diteliti dengan berhati-hati dan secara profesional. “Orang ramai harus diberikan jaminan bahawa pejabat Pendakwa Raya mengambil serius tanggungjawabnya di…










