MIRI – Kementerian Pengangkutan bersedia meneliti semula arahan pemberhentian urus niaga pembaharuan cukai jalan melibatkan kenderaan persendirian 2,000cc ke atas di pejabat pos Sarawak, Sabah, Pulau Langkawi dan Labuan yang berkuat kuasa semalam. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid akan diadakan dalam minggu ini untuk melihat sama ada arahan tersebut wajar diteruskan atau tidak. “Ini cadangan JPJ…










