KUALA LUMPUR 18 Sept. – Pakar industri revolusi automasi berpendapat kerajaan patut memperuntukkan insentif sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta mewujudkan persekitaran kondusif untuk mereka berkembang maju. Penaung Persidangan Pembuatan Pintar Antarabangsa 4.0 (ISMC 2019), Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata terdapat dua fasa untuk itu, iaitu melibatkan kerajaan dan juga sektor swasta. “Dalam fasa pertama, peranan kerajaan adalah untuk mewujudkan ekosistem kondusif, untuk memudahkan PKS menjalankan perniagaan…










