KUALA LUMPUR 25 Sept. – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyarankan agar kerajaan menubuhkan satu jabatan atau agensi baharu khusus bagi mengurus hal ehwal berkaitan warga emas, memandangkan jumlah kumpulan ini yang semakin bertambah dengan ketara. Presiden Persatuan Media Era Ketiga Kuala Lumpur dan Selangor, Cheah Tuck Wing berkata, ketika ini Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat dipertanggungjawabkan dengan banyak perkara seperti kanak-kanak, wanita, Orang Kurang Upaya, dan juga…










