TATKALA menutur kata, kealpaan menjaga bicara bakal mengundang masalah kepada si pengucap. Perkataan kurang enak dilafazkan pastinya akan meninggalkan kesan kepada mereka yang mendengarnya. BEHATI-HATI dalam berbicara kerana takut akan melukakan hati insan lain. -GAMBAR HIASAN Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan. Permohonan maaf yang dibuat kadangkala tidak mampu menyembuhkan sepenuhnya kelukaan di hati. Maka akan timbul perasaan dendam dan rasa kurang puas hati, seterusnya menjurus kepada pemisah…










