BEIJING – Sejenis bahan pelik menyerupai gel ditemui di kawasan gelap Bulan oleh kenderaan penjelajahan yang dihantar agensi angkasa lepas China, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Dinamakan Yutu-2, kenderaan penjelajahan itu mendarat di zon gelap Bulan pada Januari 2019 dan menemui bahan aneh tersebut bulan lalu. Bagaimanapun, berita mengenainya baru sahaja didedahkan kepada umum. Kenderaan Yutu-2 yang merupakan sebahagian daripada misi kapal angkasa lepas, Chang’e-4, membuat penemuan itu di sebuah…










