KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kempen utamakan produk keluaran Islam yang disebarkan melalui media sosial dilihat sebagai bercanggah dengan semangat negara serta langkah mensabotaj ekonomi. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara lebih penting sepatutnya adalah menyokong produk ‘Buatan Malaysia’ dan semua barangan tempatan kerana kebanyakan syarikat mempunyai pekerja yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama. “Jangan mengeruhkan lagi keadaan kerana orang Melayu merupakan pekerja paling ramai…










