KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana pihak termasuk persatuan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama pihaknya menganjurkan sebarang aktiviti kesukanan. Menterinya, Khalid Samad berkata, aktiviti kesukanan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan malah mampu menggalakkan lagi perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini. “Mana-mana usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak bagi memastikan sebarang aktiviti sihat di samping menggalakkan perpaduan kaum akan mendapat sokongan…









