SEREMBAN 22 Sept. – Semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) perlu bersatu dan mengekalkan formula yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memastikan kemenangan parti itu pada PRU-15, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata selain itu, ia juga bertujuan bagi berdepan dengan tekanan yang diberikan daripada penyatuan UMNO-Pas. “Kita mesti yakin dan kita mesti percaya bahawa formula…









