BENAR kata orang, kalau nak tahu siapa rakan sejati kita, tunggulah saat kita dilanda musibah atau berada dalam kesusahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itulah yang berlaku kepada penulis beberapa minggu lalu ketika syarikat yang hampir 22 tahun menjadi tempat bergantung mencari rezeki mengalami masalah kewangan yang agak kritikal. Ketika itu, semua orang bercakap tentang kemelut syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang menjadi payung kepada ratusan kakitangan. Tidak kurang…










