Rombongan Inggeris masuk menghadap Sultan Zainal Abidin 111. Ketuanya menjelaskan maksud membeli sekeping tanah untuk membuat pejabat. “Oh, di negeri ini ada tuan tanahnya!” titah Tuanku. “Bukan Tuanku?” “Bukan, ada yang lain..” “Siapa dia?” “Tuan jumpalah Tokku Paloh!” Titah Tuanku. “Jika Tokku setuju, moleklah!” Rombongan itu minta diri lalu meninggalkan Istana. Keesokan harinya mereka menemui Tokku Paloh. Tokku Paloh memandang atas dan bawah. “Ada hajat?” “Ya, Tuan Sheikh Tokku..”jawab ketuanya.…










