LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira selepas pasukannya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana England (EPL) di Stamford Bridge kelmarin. Keputusan berkenaan terus mengekalkan skuad The Reds sebagai pendahulu saingan liga musim ini dengan meninggalkan pencabar terdekat, Manchester City sebanyak lima mata selepas berdepan enam perlawanan. Pada aksi tersebut, Liverpool berada di depan dengan dua jaringan hasil sentuhan Trent Alexander-Arnold dan Roberto Firmino pada…










