KUALA LUMPUR 30 Sept. – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilapor hilang di Bintulu, Sarawak. Menerusi siaran Nur Alert dalam akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, Bintulu. Kanak-kanak terbabit difahamkan memakai baju ungu dengan seluar pendek berwarna merah. “Puteri Nurardiana Damia Qaisara berketinggian 120 sentimeter…










