PUTRAJAYA 19 Sept. – Kerajaan akan melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, kastam dan imigresen bagi menangani salah laku. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan itu penting berikutan terdapat dakwaan pegawai penguat kuasa memukul individu yang berurusan dengan mereka. Beliau berkata, pendekatan itu sebahagian daripada keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Kali ke-10, bagi memperkasa kecekapan dan ketelusan pasukan…










