KUALA LUMPUR 2 Sept.- Walaupun pernah diserbu tiga kali oleh pihak berkuasa sebelum ini, sebuah premis hiburan di Persiaran Puteri 1, Puchong dekat sini tidak serik menggajikan gadis pelayan (GRO) warga asing. Malah, pusat hiburan yang beroperasi sejak Januari lalu turut menawarkan kalungan bunga berharga RM30, RM40 dan RM50 kepada pelanggan untuk dihadiahkan kepada GRO diminati bagi layanan selama 10 hingga 30 minit. Bagaimanapun, premis tersebut sekali lagi diserbu sepasukan…










