KOTA BHARU 24 Sept.- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sedang giat mencari penaja bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 selain menyelesaikan tunggakan gaji pemain. Pengerusi Penaja Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak termasuk penyokong supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap persatuan itu. “Ia penting bagi menarik lebih banyak penaja untuk bekerjasama dengan KAFA bagi persiapan musim depan dan membantu…










