MIRI 24 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau lebih popular dikenali Ysuku. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ melibatkan semua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada motosikal jenis Ysuku sahaja. “Saya perlu perbetulkan, JPJ akan ambil tindakan terhadap semua jenis motosikal yang diubah suai tidak…










