KOTA BHARU 23 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan sebanyak RM167,400 dalam lelongan awam melibatkan 29 kenderaan termasuk 13 kereta klon bagi tahun ini yang diadakan di pejabat JPJ negeri di Panji di sini hari ini. Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata kutipan itu meningkat berbanding RM32,180 hasil lelongan tahun lepas yang dilakukan sebanyak dua kali. “Dalam lelongan terbabit, sebuah kereta klon jenis Toyota Estima berjaya…










