KUALA LUMPUR 24 Sept. – Saksi pendakwaan kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dan Pengarah Eksekutif Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), Casey Tang telah menguruskan sendiri dalam memuktamadkan penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion. Menurut bekas Pengarah dan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) TIA itu, kedua-dua individu terbabit berurusan sendiri dengan AmInvestment Bank yang merupakan bank utama dalam…










