KUALA LUMPUR 19 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat peningkatan penyakit jangkitan mata (konjuntivitis) sebanyak 24.9 peratus iaitu bersamaan 317 kes pada minggu lalu (8-14 September) berbanding 253 kes minggu sebelumnya (30-7 September). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu turut berlaku terhadap penyakit asma dengan penambahan sebanyak 15.8 peratus atau bersamaan 1,375 kes berbanding 1,187 kes pada tarikh sama. Walaupun begitu, beliau memaklumkan, berlaku…









