PUTRAJAYA – Seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Daripada jumlah tersebut, 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta, Indonesia, kata NADMA dalam kenyataan hari ini. NADMA, Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi berkaitan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan operasi…










