KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak masih melakukan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Sri Aman yang sudah memasuki hari kesembilan. Penolong Pengarah Operasi, Tiong Ling Hii berkata, setakat pukul 3 petang, operasi pemadaman di kawasan Kejatau-Lingga masih diteruskan dengan menggunakan bantuan pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memadam kebakaran di Sektor B. “Dalam operasi itu, sejumlah lima sorti telah dilakukan yang menggunakan…










