KUALA LUMPUR – Kualiti udara di beberapa kawasan di seluruh negara dilaporkan semakin baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatat penurunan daripada kategori tidak sihat kepada sederhana. Setakat pukul 7 petang ini, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) merekodkan penurunan bacaan IPU beberapa kawasan iaitu Johan Setia, Klang di Selangor dengan bacaan IPU tidak sihat iaitu 183 berbanding tengah hari tadi berada pada tahap sangat tidak sihat.…










