KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penyakit asma dan konjuntivitis mencatatkan peningkatan kes di seluruh negara sepanjang tempoh 15 hingga 21 Sept berbanding minggu sebelumnya yang diakibatkan oleh jerebu, kata Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kes penyakit asma meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 1,222 kepada 1,265 kes manakala penyakit konjuntivitis meningkat kepada 403 kes atau 51.4 peratus daripada 266 kes pada tempoh berkenaan.…










