KUALA LUMPUR 19 Sept. – Parti Gerakan menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencari penyelesaian secara menyeluruh dan bersifat jangka panjang bagi mengatasi masalah jerebu yang semakin kritikal di negara ini. Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PH juga perlu mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran hutan secara terbuka. Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.…










