GEORGE TOWN – Penutup hidung dan mulut jenis kain bercorak kartun muncul ketika Pulau Pinang dilanda jerebu namun Jabatan Kesihatan negeri tidak dapat memastikan keberkesanan penggunaannya dalam keadaan cuaca sebegini. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Asmayani Khalib hari ini berkata, setakat ini orang ramai dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut bersesuaian, seperti jenis N95 dalam keadaan jerebu ini sementara penutup jenis kain itu tidak dapat dipastikan spesifikasinya. “Ada pelbagai penutup…










