LABUAN 22 Sept. – Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan akibat konjunktivitis, asma dan ruam di kulit meningkat kepada 40 peratus susulan jerebu yang berpanjangan pada masa ini. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan dalam penyakit bawaan jerebu ini dicatatkan di seluruh negara setakat ini. “Peningkatan dalam jumlah kes berkenaan berbeza-beza di stesen yang berbeza. Stesen yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (API) yang lebih tinggi menyaksikan…










