Jerebu: IPU Daerah Manjung turun bawah 200 - Utusan Malaysia

Jerebu: IPU Daerah Manjung turun bawah 200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 18 Sept. – Indeks Pencemaran Udara (IPU) daerah Manjung yang mencatat bacaan sangat tidak sihat akibat jerebu semalam menurun di bawah paras 200 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru laman web Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), daerah Manjung mencatat bacaan IPU tidak sihat 197 pada pukul 8 pagi ini.

IPU daerah Manjung mencatat bacaan sangat tidak sihat iaitu 232 pada pukul 6 petang semalam.

Ini menyebabkan sesi petang 14 buah sekolah di daerah itu ditutup manakala sembilan lagi sekolah di Daerah Hilir Perak juga ditutup untuk sesi petang kerana bacaan IPU melebihi 200.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala 300 ke atas berbahaya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Teluk Intan mendapati beberapa buah sekolah ditutup ekoran jerebu hari ini.

Pihak sekolah menampal notis pemberitahuan sekolah ditutup akibat jerebu pada pintu masuk sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×