“Anwar sahabat lama saya”

“Anwar sahabat lama saya”

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya di sini hari ini. 

Annuar berkata Anwar merupakan antara sahabat baiknya sejak Anwar masih berada dalam UMNO dahulu. 

“Anwar adalah kawan baik saya suatu masa dahulu malah anak-anak kami masih bersahabat sehingga ke hari ini kerana mereka di hantar ke sekolah yang sama dahulu. 

Secara peribadi saya sentiasa menjadi kawan kepada Anwar dan tidak pernah menganggap beliau adalah musuh saya. Saya juga tidak memberi kecaman peribadi melampau kepada beliau sepanjang berpolitik. 

“Sebelum beliau dipecat, kalau beliau masih ingat, sayalah menemani beliau makan nasi sebelum ke Kelantan. Saya ini bukan jenis berdendam dan mahu bermusuh,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Muafakat Nasional (MN) di Plaza Damas. 

Annuar memberi respon itu selepas ditanya pihak media sama ada beliau sedia bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Ahli Parlimen Tambun itu. 

Sidang media itu berlangsung bagi membuka ruang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu menjelaskan mengenai perlucutan keahlian beliau dari UMNO serta penubuhan MN sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau tidak tahu sama ada perjalanan politik beliau akan berakhir dengan MN kerana beliau kini memberi fokus untuk membuat kebaikan melalui NGO MN itu. 

“Saya tidak tahu sama ada perjalanan politik saya sudah berakhir atau tidak. Apa yang saya tahu, saya bukanlah orang yang hidup mati mahu menjadi calon, lapan kali saya bertanding dan tujuh kali saya sudah menang. 

“Saya tak nak pangkat, saya bukan nak jadi presiden, bukan nak jadi perdana menteri dan saya tidak ralat juga tidak menjadi calon. Saya setia dan saya pegang pada kejujuran. Saya juga seronok sekarang kerana saya dapat berkawan dengan semua tanpa mengira parti,” katanya.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya